Assalamualaikum...Selamat datang ke laman mychenta :)


pembaca setia yang best....

sayang vs cinta

dulu aku ingat dua perkataan ni sama je maksud dia.  rupanya, lepas aku kaji balik berdasarkan pengalaman lepas2, aku rasa aku silap kot.  kot je la.  lain orang lain pandangannya ek?  ehem, apa2 pun, suka aku ingatkan kat sini, penceritaan aku kali ni adalah dalam konteks sesama manusia occayyy!!

dulu aku selalu ingat yang cinta ni lebih besar dan dalam maksudnya berbanding sayang.  aku ingat bertuahnya manusia bila ada orang ungkap "saya cintakan awak..." atau apa2 la berkaitan cinta. 

pada aku, sayang tu universal.  sesapa pun boleh ungkap.  maksudnya pun biasa2 je.  tak mendatangkan maksud yang mendalam.

tapi pada diri aku skang, aku silap.  sayang tu lebih besar maknanya dari cinta.  cinta boleh datang, boleh pergi tanpa sikit pun kita duga.  tapi berlainan ngan sayang.  sayang itu kekal sampai mati.  kekal sampai bila-bila tak kira sesusah dan sedaif mana pun kehidupan orang yang kita sayang.

cinta pulak boleh hilang seiring dengan kesusahan yang melanda pasangan kita.  makin hebat kesusahan yang sedang dialami, makin cepat la cinta itu berlalu.  contoh terdekat, ida nerina.  pelakon yang cedera tulang belakang (dengar2 cite lumpuh) baru2 ni dan masih terlantar di ppum.  suami dia dah pun menjatuhkan talak pada Aidilfitri lalu waktu ida masih terlantar dan sangat memerlukan sokongan beliau.

itu contoh paling ideal aku leh bagi la.  yang pasti, orang yang paling layak untuk kita serahkan sayang kita adalah kedua ibu bapa dan ahli keluarga.  sebab mereka ini pasti akan di sisi kita tak kira sebesar mana dugaan melanda hidup kita. mereka inilah yang akan menghulurkan tangan untuk membantu mengangkat kita dari terus-terusan rebah ke bumi.

juga sayang pada pasangan yang telah halal ikatannya iaitu suami isteri.  terima diri pasangan seadanya.  sentiasa bersama memberi semangat tak kira suka duka.  bersedia mempertahankan pasangan  dan hubungan dalam apa jua keadaan sekalipun.  pasangan yang begini, pastinya dijanjikan syurga buat mereka.

salam aidiladha...

Assalamualaikum...

harap2 masih belum terlambat bagi aku untuk mengucapkan salam Aidiladha buat semua pembaca tersayang.  semoga ianya disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran diiringi takbir, tasbih dan tahmid tidak kira di mana anda berada.

erm, menyentuh soal korban, banyak blog yang aku baca telah menyentuh gak soal ni.  contoh macam pengorbanan beraya di rantau orang yang lebih banyak menuntut kesabaran dan ketabahan, korban lembu kerbau, korban harta dan sebagainya.

actually masa aku dapat kerja ari tu aku ada pasang niat nak buat korban tapi sayangnya aku terlambat tanya mama dan papa.  waktu aku tanya tu 2 minggu lepas, semua bahagian dah ditempah.  terkilannya hanya Allah yang tahu.  takpe la.  insyaAllah ada umur, tahun depan aku akan buat.

yang aku tahu, semenjak dua menjak ni memang aku rasa aku sentiasa berkorban untuk orang sekeliling aku.  korbankan cuti aku untuk urusan pejabat, korbankan kasih sayang aku dengan melepaskan bekas tunangan aku kepada perempuan lain, korban dari segi meningkatkan kesabaran aku untuk melayan kerenah orang2 di sekeliling aku yang hanya tahu untuk menyuruh aku memahami tingkah laku, keinginan dan perasaan mereka tanpa mereka perlu memikirkan apa2 berkaitan kehendak aku.  entah la, dah memang perangai aku agaknya.  asalkan dorang hepi.

yang pasti, sampai akhir hayat aku, aku takkan mampu membalas pengorbanan insan paling bermakna dalam hidup aku. mama dan papa.  aku jarang tunjuk yang aku sayang dorang.  sangat jarang.  sebab aku lebih suka buat hal sendiri.  hmmm...sikap tipikal anak tengah barangkali.  tapi di sebalik hati aku, hanya Allah yang tahu betapa sayangnya aku pada mereka.  sejak tapak kaki aku sebesar 3 jari, hinggalah usia aku menjangkau 27 tahun ni, tak banyak yang aku buat untuk menggembirakan mereka.  sejak sekolah, exam aku cukup2 makan, degree aku pun tak seberapa.  pertunangan aku pun terkandas tengah jalan.  damn!! semuanya menyakitkan mereka.  demi Allah, aku kesal dengan semua tu.  tapi aku tau aku tak boleh berpaling lagi.  langkah aku harus sentiasa ke depan.

tapi aku bersyukur, aku dikurniakan pekerjaan yang baik.  walau tidak segah  pekerjaan abang2 aku, tapi aku punya lebih peluang untuk menjaga mama dan papa. senang mama nak minta tolong apa2 sebab di kalangan adik beradik aku, ofis aku paling dekat dengan rumah.  bawak kete pun x perlu rush.  tapi...ahhh!! sume tau anak ke tiga haji mat yusoff dan hajah narimah ni kaki rempit! kalau tak, takkan la boleh berpusing 2 round tengah2 mrr2 masa november 2007 dulu! huhuhuh...ngeri bila dikenang balik.  dahi terhantuk cermin depan, kaki tersangkut sampai bengkak sikit.  handphone pecah. tapi nasib baik still function dan orang pertama aku call dalam keadaan menggigil masa tu pastinya, bonda aku yang tercinta...

paling aku bersyukur, Aidiladha kali ni, mama mula merestui pilihan aku sekarang, insan yang masih aku anggap sahabat.  masih di peringkat mengenali hati budi.  insyaAllah, berkat restu mama, aku harap biarlah semuanya berjalan dengan baik.

ermmm....aku dah merepek ni.  tadi rasanya idea mencurah.  tapi petir dan kilat pulak tengah berkawan kat langit, so semua tu aku pendamkan.  dah elok2 dapat ngadap blog ni, sume ilang! aduuuhh!!

p/s : ermmmm...tak lama lagi bday papa.  apa nak bagi ek??  guys, any idea?

ps2 : semoga jemaah Haji dari seluruh dunia yang sedang berhimpun di tanah suci selamat kembali dan dianugerahkan haji mabrur... aih...bila la aku merasa nak ke sana agaknya?


ps3 : as usual, raya time, nasi dagang mama is the besh!! the besh nasi dagang in the world!! thank you mama! muahhhh!!

november vs september




vs




hmmmm......

konvokesyen....

seman dan abu berbual di "ym"

seman : mak ngan abah ko sehat? lama aku x jumpa dorg...

abu : Alhamdulillah. mak aku takde ni.  gi putrajaya.

seman : uik...memalam gi putrajaya. pecer?

abu : ada konvokesyen satu hari kat sana..

seman : ??? err...konvo apa memalam ni bro?

abu : aku pun x tau. tapi mmg satu hari la dia kat sana. ada konvokesyen apa tah...

seman : ooo.........












































.......konvensyen rupanya....~

ada lagi...



adoi...ada lagi siot! tuan yang empunya nama kah? atau orang berkaitan yang mulai sangsi dengan kejujuran lelaki ini kah?

takde pape cik akan jumpa kat sini cik.  saya tak ganggu pun lelaki itu.  langsung tiada kaitan lagi sama ada waktu masih idup ni mahupun ketika nyawa saya telah diambil kelak.  cik search kat website lain je la ye. yang cik baca tu semua kisah2 silam yang dah lapuk dimakan anai-anai... 

p/s : mood aku masih hepi gila sbb dh dapat photoscape utk windows vista. finally my blackie dah ada photoscape!! tapi sedey sebab anak kucing aku sekor meninggal tadi...uwaaaaaaaaaaaa!!!

tak paham.....


hoh!! ini lagi la!! sumpah aku tak paham!! tak cukup ngan search guna nama aku, nama mamat ni plak timbul!

sape punya keje ni?? dah berzaman nama tu takde kaitan ngan idup aku weh!!  ada takde pun mamat ni just wish birthday aku je sabtu lepas.

aku takde kacau idup dia! takyah nak search2 camtu bagai! takde pape korang akan jumpa kat sini!

tolong menolong amalan mulia...

perbualan sepasang warga emas :

maknya :  abahnya, saya risau la. umah kita ni asik ada tikus je semenjak dua menjak ni..

abahnya : ye ke maknya?? tak perasan plak saya...

maknya : betul! naik luruh dah jantung saya ni.  awak tolong la buat apa2 yang patut abahnya...

abahnya : ye la...rasanya perangkap ada kat stor tu. nanti saya pasang la...

maka untuk menjaga hati maknya terchenta, abahnya pun pasang la perangkap tikus.  malam tu, jam 3 pagi waktu kedua-dua maknya dan abahnya turun dapur nak minum air, mereka terperasan la seekor tikus dah masuk dalam perangkap tu...

abahnya : Alhamdulillah...kena pun.  nanti la nak pegi keje karang saya lepaskan la kat ladang mana2...

maknya : ye la abahnya....

pagi itu, lepas selesai bersarapan, abahnya pun pegi la ke perangkap yang dipasangnya semalam.  nak bawak masuk kete.  sekali tengok perangkap tu dah kosong tak berpenghuni dan langsung tiada kesan gigitan mahupun kopakan...

abahnya : aikkk??? mana dianya??? semalam ada!!

maknya (dgn muka langsung tak bersalah) : agaknya ada kawan2 dia datang tolong lepaskan dia kot semalam abahnya...

abahnya : .....................